Bangunan Tertinggi Di Perak Siap Dua Tahun Lagi

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 6:58 PM

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melihat replika 'Model MH Pinnacle" pada majlis pecah tanah Projek MH Pinnacle yang terletak di Medan Ipoh Khamis. Bangunan bertingkat tertinggi di Ipoh ini terletak di atas tanah seluas 1.05 hektar bersebelahan Lebuh raya Utara Selatan.
MH Pinnacle dibangunkan secara usahasama dengan syarikat pemaju tempatan Man Hoe Holdings Sdn Bhd.
Blok pertama MH Pinnacle dikenali sebagai MB Inc.Tower. 
Tower ini menempatkan 72 unit bilik hotel, 27 unit kediaman dan 11 tingkat pejabat bertaraf Gred A.
Blok kedua bakal dikenali sebagai Amanjaya Tower.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Perak amnya dan Ipoh khususnya, bakal mempunyai mercu tanda baharu apabila projek MH Pinnacle, pembinaan bangunan tertinggi di sini, siap menjelang penghujung tahun 2018, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata projek pencakar langit 29 tingkat itu bukan sahaja merancakkan lagi pembangunan bandar raya itu, malah mengubah presepsi yang melabel Ipoh sebagai 'bandar raya mati' selepas waktu senja.

"Ini adalah perancangan yang kita susun sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk jadikan Perak negeri yang maju berdasarkan kepada konsep Perak Aman Jaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek MH Pinnacle di sini Khamis.

MH Pinnacle merupakan projek Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) yang dibangunkan secara usaha sama dengan pemaju tempatan Man Hoe Holdings Sdn Bhd.

Dibina di kawasan seluas 1.06 hektar, projek itu apabila siap kelak akan mempunyai dua blok bangunan dan menjadi bangunan pertama di Perak menawarkan ruang pejabat bertaraf gred A iaitu berkonsepkan kaca.

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Datuk Aminuddin Hashim berkata MH Pinnacle juga akan mempunyai hotel dan unit kediaman selain pusat membeli belah dikenali sebagai Pinnacle Mall.

Beliau berkata nilai pembangunan kasar (GDV) projek tersebut adalah sebanyak RM220 juta.

Katanya MH Pinnacle merupakan projek pembangunan kedua MB Inc di Ipoh selepas kejayaan membangunkan projek Ipoh Soho yang hampir siap dan turut melibatkan usaha sama dengan pihak swasta.

"Sebagai sebuah organisasi yang memegang kepentingan kerajaan negeri dalam bidang strategik, amanat dan tanggungjawab, MB Inc tidak terhad kepada menjana perolehan bagi kerajaan negeri.

"Tetapi MB Inc turut menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi di Perak dengan menceburi projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan