Naib Canselor Baharu Tekad Bawa Unisel Ke Tahap Lebih Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) yang baharu, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman bertekad untuk meningkatkan kedudukan universiti itu ke tahap lebih tinggi sekali gus menjadi pilihan pelajar luar negara.

Beliau yakin matlamat itu mampu direalisasikan dengan sokongan kakitangan dan pelajar universiti berkenaan.

"Unisel kini merupakan antara universiti yang menjadi pilihan utama pelajar tempatan untuk melanjutkan pelajaran, dan di masa hadapan saya mahu universiti ini mengorak langkah lebih jauh bagi menjadikan ia universiti pilihan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

Jelasnya, kemasukan lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran ke Unisel juga mampu mengatasi masalah kekurangan pelajar yang dihadapi kebanyakan universiti di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata program tabung amanah universiti itu akan diteruskan dan berharap lebih banyak pihak dapat memberi sumbangan kepada tabung berkenaan.

"Apabila adanya sumbangan daripada individu dan syarikat swasta, Unisel mampu berdikari dan tidak bergantung kepada geran dan bantuan daripada kerajaan negeri," katanya.

Mohammad Redzuan dilantik sebagai Naib Canselor Unisel berkuat kuasa Jumaat lepas menggantikan Prof Dr Anuar Ahmad yang tamat perkhidmatan pada 15 Disember lalu.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) itu pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCedel), dan memiliki ijazah kedoktoran falsafah dari Edinburgh University, United Kingdom (UK) dalam bidang sejarah.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan