TPM Sertai Solat Jenazah Kapten Hasman

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 7:19 PM

Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapten Hasman Hussin, yang ditemui lemas dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 1.18 tengah hari, Rabu.

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kira-kira 300 yang lain menyertai solat jenazah Allahyarham Kapten Hasman Hussin di Surau Sekolah Agama Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah di sini.

Solat jenazah diimamkan Pegawai Agama Angkatan Tentera Malaysia Mejar Wan Efendi Wan Mamat itu turut disertai Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Jenazah yang tiba kira-kira pukul 5.30 petang di masjid itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Air Batu di sini yang terletak kira-kira 150 meter dari masjid tersebut.

Terdahulu jenazah Hasman tiba di Masjid As-Syuhada Kem Terendak di sini kira-kira 4.30 petang menaiki van jenazah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Siti Hazwani Ahmad dan anaknya mengiringi jenazah Kapten Hasman sebaik tiba di KLIA, Rabu.

Keranda jenazah sebaluti bendera Malaysia disambut lebih 1,500 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jenazah Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke dalam keranda ATM dan disusuli dengan solat jenazah diimamkan Ketua Pengarah Kor Agama Angkata Tentera Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat.

Jenazah Hasman, 33, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di tanah air kira-kira 1.18 tengah hari di KLIA sebelum dibawa ke Melaka.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan