Melaka Tiada Asas Larang Vape - Pakar Perundangan

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan negeri melarang orang ramai daripada menghisap vape adalah tidak berasas, dakwa peguam perlembagaan Aston Paiva.

"Memandangkan tidak ada larangan umum untuk orang dewasa menghisap rokok produk tembakau dan penggunaan tembakau berkait dengan undang-undang Persekutuan, tidak ada sebarang asas undang-undang yang dapat dilihat untuk kerajaan negeri melarang orang ramai daripada menghisap vape," kata Aston.


Beliau telah dihubungi oleh The Star Online untuk mendapatkan komen tentang keputusan kerajaan Melaka yang mengharamkan penjualan dan penggunaan vape atau rokok elektronik di negeri itu selaras dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang diumumkan pada Isnin.

Mengulas mengenai undang-undang di sebalik rokok dan vape, Aston berkata undang-undang yang mengenakan pelbagai kawalan dan larangan ke atas rokok dan produk tembakau adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Tembakau 2004 yang dibuat menurut undang-undang Persekutuan, khususnya Seksyen 36 Akta Makanan 1983.


Tambahnya, takrif 'merokok' dalam Peraturan-Peraturan itu telah dipinda pada 1 Januari 2016 yang membawa maksud 'menyedut dan menghembus asap atau wap dari sebarang produk tembakau dan termasuk memegang atau kawalan ke atas apa-apa yang dinyalakan, dipanaskan atau mengewap produk keluaran tembakau' .

"Peraturan-Peraturan itu kini seolah-olah meliputi 'vaping' dengan rokok elektronik. Secara ringkasnya, seseorang yang mengeluarkan wap dengan rokok elektronik akan diperlakukan sama seperti orang yang menghisap rokok," kata Aston.

Katanya, pihak berkuasa tempatan boleh dikatakan hanya dapat mengawal dan menyelia perniagaan yang menjual produk tembakau untuk digunakan dengan vape, tetapi mereka hanya boleh berbuat demikian menurut undang-undang dan bukan mengikut sesuka hati.

"Perlu juga berhati-hati apabila bergantung kepada mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Hal ehwal agama Islam melibatkan kerajaan negeri. Oleh itu, mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis tersebut tidak mempunyai kesan undang-undang. Sesungguhnya, ini adalah terang dinyatakan dalam laman web majlis (http://www.e-fatwa.gov.my/apa-itu-fatwa), "kata Aston.

Katanya, disebabkan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukan teokrasi, kerajaan negeri mesti mempunyai justifikasi undang-undang untuk tindakan mereka.

"Mereka mesti selalu mendengar daripada orang-orang yang mungkin terjejas oleh tindakan mereka, dan membuat keputusan berdasarkan rasional dan sains," kata Aston.
Tags / Kata Kunci: vape , Majlis Fatwa Kebangsaan , Aston Paiva

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan