SJKT Dengkil 'Berwajah Baharu' Selepas Kunjungan PM

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 5:16 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melihat proses pembelajaran murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil ketika meluangkan masa melawat sekolah tersebut, Rabu. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Kira-kira dua bulan lalu, SJKT Dengkil berada dalam keadaan terpinggir dan pelajarnya belajar dalam keadaan tidak terurus.

Selepas lawatan mengejut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Oktober, sekolah ini telah menjalani kerja-kerja utama pembaikan.

Lima minggu kemudian, SJKT Dengkil telah berwajah baharu dengan kemunculan bangunan-bangunan yang lebih selamat, lebih banyak bilik darjah dan makmal sains ditambah, tandas diubahsuai, ditambah pula dengan pendingin hawa dan dewan sekolah baharu.

Najib, pada Rabu melawat sekolah ini sekali lagi untuk memeriksa kemudahan baharu di sekolah itu, yang dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan untuk penggal yang baharu bermula.

"Kerja-kerja pembaikan adalah penting untuk memastikan guru dan pelajar mempunyai persekitaran yang kondusif untuk mengajar dan belajar.

"Kerajaan menghargai usaha-usaha untuk mendidik rakyat Malaysia dan akan menyokong pembelajaran kondusif, terutama bagi pelajar dari latar belakang yang kurang bernasib baik.

"Pelajar ini adalah pemimpin masa depan dan saya yakin bahawa dengan persekitaran yang lebih kondusif, ditambah pula dengan dedikasi guru-guru dan sokongan mereka, prestasi akan bertambah baik," kata Najib dalam satu kenyataan.

Turut hadir di sekolah itu ialah Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan