Dr Asri: Saya Sentiasa Pertahan Hak Orang Islam, Bukan Islam

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bagi mempertahankan hak orang ramai, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata beliau sentiasa berlaku adil dalam menyatakan pandangan mengenai orang Islam dan bukan Islam.

Dalam Islam katanya, perlu diberi ruang untuk mengamalkan agama mereka sama seperti orang bukan Islam yang mempunyai hak untuk berbuat demikian di negara ini.

Dr Asri mengulas di status laman Facebooknya pada 2 Januari lalu apabila beliau menggesa Malaysia Airlines (MAS) supaya membenarkan pramugari Islam memakai tudung dan tidak ditugaskan untuk menghidangkan alkohol.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa terkejut dikalangan netizen kerana mereka sentiasa dilihat sebagai seorang yang rasional dan progresif.

Walau bagaimanapun dari sudut hak asasi manusia, Dr Asri menegaskan bahawa dia sentiasa mempertahankan hak-hak orang Islam dan bukan Islam.

"Saya tidak pernah berkata bahawa anda perlu memaksa semua orang untuk tutup aurat. Ruang perlu diberikan kepada umat Islam untuk mengamalkan agama mereka. Dalam Islam, tidak patut untuk menghidangkan alkohol. Saya bercakap dari sudut hak asasi manusia.

"Jika seseorang memaksa bukan Islam untuk tutup aurat, saya tidak bersetuju kerana ia adalah hak mereka untuk memakai apa yang mereka mahu. Situasi yang sama juga perlu ada kepada umat Islam, mereka perlu diberi hak-hak untuk mengamalkan mengikut kepercayaan mereka," katanya.

Dr Asri menjelaskan bahawa beliau tidak mencadangkan kepada MAS supaya semua pekerjanya menutup aurat sebaliknya beliau hanya bercakap mengenai hak-hak pekerja Islam.

Tags / Kata Kunci: Asri Zainul Abidin , DrMaza

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan