SPRM Kesan Rasuah Aktiviti Bauksit

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 7:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan wujudnya unsur rasuah berhubung kegiatan perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Pahang.

SPRM menerusi kenyataannya petang Rabu berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar berikutan kegiatan itu.

"Berdasarkan aduan tersebut, SPRM dapati wujud unsur-unsur rasuah dilakukan oleh pihak tertentu yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran bauksit berkenaan," menurut suruhanjaya itu.

Sehubungan itu, kata SPRM, pihaknya memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab.

"Mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah serta salah guna kuasa boleh dikenakan tindakan mengikut Akta SPRM 2009," menurut SPRM lagi.

Terdahulu, pada sidang media khas pada Rabu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan keputusan Kabinet supaya menghentikan kegiatan perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan.

Tags / Kata Kunci: SPRM , bauksit , Pahang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan