Guru Besar Diingatkan Periksa Keadaan Buku Teks Sebelum Sesi Persekolahan Bermula

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 8:06 PM

Timbalan Menteri Pendidikan ll Senator Chong Sin Woon (tiga, kiri) melihat kandungan buku teks sempena program lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Perempuan (SJKC) Jalan Kota Raja, Rabu. Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim (dua, kiri), Guru Besar SJKC Perempuan, Yong Fong Leng (kiri) dan Pengerusi Lembaga Pengelola SJKC Perempuan, Ko Tian Huat (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kementerian Pendidikan mengingatkan guru besar dan pihak sekolah supaya memeriksa keadaan buku teks di sekolah masing-masing terlebih dahulu sebelum sesi persekolahan bermula.

Timbalan Menteri Pendidikan II Chong Sin Woon berkata ini bagi mengelakkan pelajar mendapat buku teks yang rosak sekaligus mengganggu proses pembelajaran mereka.

"Sepatutnya setiap kali akhir tahun, guru besar dan pihak sekolah perlu memeriksa buku teks yang telah dipulangkan, langkah ini perlu supaya kumpulan pelajar selepas itu tidak mendapat buku teks yang rosak dan koyak.

"Sekiranya ada buku teks yang tidak boleh digunakan lagi, pihak sekolah perlu membuat aduan supaya buku tersebut dapat digantikan semula sebelum sesi persekolahan bermula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan buku teks baharu kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perempuan Jalan Kota, Klang di sini Rabu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim dan guru besar sekolah berkenaan Yong Fong Ling.

Chong berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia memberikan imej negatif kepada Kementerian Pendidikan.

"Ada ibu bapa sekolah ini yang mengadu anak mereka mendapat sebuah buku teks yang sudah rosak teruk dan mereka memuat naik gambar buku teks tersebut di laman sosial baru-baru ini...berikutan kes itu, ada pihak yang mendakwa kementerian rasis dan menganaktirikan pelajar sekolah Cina.

"Perkara ini tidak betul, ada juga beberapa sekolah lain termasuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama yang mempunyai masalah sama dan kita telah atasi dengan menggantikan buku teks yang rosak itu," katanya.

Beliau berkata perkara seperti itu tidak akan berlaku sekiranya guru besar dan pihak sekolah mengambil tindakan awal dengan memeriksa keadaan buku teks tersebut sebelum mengedarkannya kepada pelajar.
Tags / Kata Kunci: buku teks , Chong Sin Woon

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan