Kerajaan P.Pinang Sedia Ambil Alih Pengurusan Dan Operasi Feri - Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 8:05 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang bersedia mengambil alih pengurusan dan operasi perkhidmatan feri di negeri ini secara bersyarat, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pihaknya meletakkan empat syarat iaitu kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab ke atas segala liabiliti atau sebarang tanggungan hutang yang ditanggung Penang Port Sdn Bhd sehingga tarikh ambil alih perkhidmatan feri oleh kerajaan negeri.

Syarat kedua kerajaan negeri diberi hak mengambil alih kedua-dua jeti iaitu di Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth yang digunakan sekarang termasuk aset yang berkaitan dengan perkhidmatan feri serta kemudahan baik pulih tanpa sebarang liabiliti dan tanggungan.

Ketiga, kerajaan negeri hanya akan mengambil kesemua kakitangan kumpulan rendah/sokongan yang bertugas dan terlibat secara langsung dengan operasi perkhidmatan feri manakala pengambilan kakitangan pengurusan adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak kerajaan negeri kelak.

Syarat keempat, Kementerian Pengangkutan mesti meluluskan 30 lesen 'teksi air' kepada kerajaan negeri serta tapak kawasan berlabuh yang berkaitan, katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Guan Eng berkata pihaknya amat kesal dengan mutu perkhidmatan feri yang kurang memuaskan ketika ini kerana pengguna terpaksa menunggu lama untuk menaikinya.

"Feri ini menjadi antara alternatif dan ramai terpaksa tunggu dua jam untuk naik feri. Ini adalah satu keadaan yang tidak boleh diterima. Ada yang berpandangan kerajaan pusat gagal mengurus dan mentadbir perkhidmatan feri dengan baik dan profesional," katanya.

Beliau berkata Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Seri Farizan Darus telah menghantar surat kajian cadangan mengambil alih pengurusan dan operasi perkhidmatan feri oleh kerajaan negeri kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (ketika itu) Datuk Dr Ismail Bakar pada 8 Disember lepas.

Katanya kementerian telah menghantar surat maklum balas bertarikh 30 Disember lepas yang memaklumkan satu taklimat berhubung perkara itu akan diadakan di Putrajaya, Jumaat ini.

"SUK akan mewakili kerajaan negeri untuk menghadiri taklimat pada 8 Jan ini.Kami harap satu persetujuan boleh dimeterai.

"Tentulah selepas ini saya juga bersedia berjumpa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk membincangkan secara rasmi tentang pengambilalihan perkhidmatan feri di Pulau Pinang," katanya.

Tags / Kata Kunci: feri , Lim Guan Eng , Penang Port Sdn Bhd

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan