Milo Ais RM4.20 Undang Pelbagai Reaksi

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 12:34 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka pastinya enggan untuk membayar harga yang tinggi bagi minuman biasa di kedai makan tempatan.

Isu harga minuman yang mahal menjadi viral di laman sosial apabila resit yang menunjukkan dua gelas milo ais dijual pada harga RM8.40, segelas teh hijau ais pada RM2.80 dan RM6.40 untuk dua gelas teh-O ais limau di sebuah medan selera di Kuching.

"Tidak masuk akal," kata Keira Rum untuk membayar RM4.20 untuk segelas milo ais.

"Lain kali saya akan bawa milo 3-in-1 dan hanya meminta air panas kosong," katanya dalam komen di Facebook.

Sementara itu Melody Song berkata sesiapa sahaja yang mengenakan harga berkenaan "mesti gila."

"Mengapa mereka tidak tutup kedai dan merompak bank? Ia akan menakutkan pelanggan. Saya tidak akan berkunjung ke sana walaupun ia adalah satu-satunya kedai yang ada. lebih baik mati kehausan," tambah beliau.

Sementara itu Sinniah Karuppiah menyifatkan ia sebagai "rompakan di siang hari" oleh seorang perniaga tamak yang membawa kepada kos hidup yang lebih tinggi.

Dia berkata perkara itu akan terus berlaku jika pihak berkuasa yang berkaitan tidak menjalankan tugas mereka.

"Harga milo ais dan limau ais sepatutnya dijual pada harga di bawah RM2.50," katanya.

Bagi Wan Nor Adzahari, dia berkongsi pengalaman bekerja di sebuah kedai makan ala kopitiam di Pulau Pinang, di mana secawan kecil susu soya panas dijual dengan harga RM3.20.

"Nak tahu bagaimanapun mereka lakukannya? Mereka membeli susu soya kotak di kedai runcit di sebelah pada harga RM2. Tuangkan sejumlah kecil ke dalam cawan, panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian hidangkan. Ia adalah keuntungan segera dan mereka lakukannya sejak bertahun-tahun," katanya di Facebook.

Tags / Kata Kunci: Milo Ais RM4.20

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan