LPF Pinda Filem Dokumentari Singapura Elak Salah Faham

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 6:36 PM

Datuk Abdul Halim Abdul Hamid

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lembaga Penapis Filem (LPF)  telah memutuskan untuk meminda adegan dalam sebuah dokumentari Singapura bagi mengelakkan salah faham di kalangan rakyat Malaysia dan untuk mengelak daripada timbulnya sebarang potensi kontroversi.

Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata keputusan lembaga itu untuk memadam suara perkataan 'binatang-binatang', dari satu babak dalam filem itu adalah selaras dengan Garis Panduan Penapisan Filem.

"Sebab bagi keputusan LPF itu adalah kerana makna kata-kata ini boleh disalah faham oleh rakyat Malaysia yang menonton dan ia mempunyai potensi untuk dieksploitasi  menjadi isu sensitif di kemudian hari," kata Abdul Halim.

Beliau menjelaskan tentang adegan itu di mana seorang ventriloki dari Singapura, mendiang Victor Khoo membuat persembahan di hadapan penonton kanak-kanak dengan menggunakan patung. Sebagai sebahagian daripada persembahannya, Khoo menggunakan patung untuk bertindak balas kepadanya dalam beberapa bahasa yang berbeza.

"Ventriloki itu kemudian meminta patung itu untuk mengatakan dalam bahasa Melayu ungkapan 'malam ini, saya akan bertemu dengan kawan-kawan saya' tetapi patung mengubah ayat itu menjadi ' malam ini, saya akan bertemu dengan 'binatang-binatang'," kata Abdul Halim.

Beliau berkata perubahan kata-kata daripada 'kawan' kepada 'binatang' boleh disalahertikan dalam tiga cara.

"Pertama, patung boleh mengandaikan 'kawan-kawan' itu adalah binatang. Kedua, patung menganggap lebih baik bertemu binatang daripada kawan-kawannya. Ketiga, rakyat Malaysia boleh mentafsirkan jenaka ini sebagai satu penghinaan kepada bahasa Melayu kerana ungkapan 'kawan-kawan' dan 'binatang-binatang' adalah dua perkataan yang sangat berbeza dari segi percakapan dan perbezaan makna, "kata Abdul Halim.

Beliau berkata lembaga penapisan memutuskan untuk hanya mendiamkan perkataan 'binatang-binatang', yang hanya terdiri daripada satu saat masa di skrin, dan mengeluarkan sarikata yang diterjemah tanpa memotong bahagian-bahagian dalam babak itu.

Filem itu, Singapura GaGa, dijadualkan ditayangkan bulan ini sempena festival Titian Budaya yang mempamerkan hasil kerja dari Singapura dan pelukis Malaysia untuk meraikan hubungan erat antara kedua-dua negara.

Pengarah filem dokumentari tahun 2005 itu dari Singapura, Tan Pin Pin, telah menyiarkan laporan LPF itu di laman Facebook beliau dan mengecam keputusan tersebut.

iklan

Video

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan