Kematian Akibat Denggi Naik 50 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 8:25 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jumlah kes denggi yang direkodkan pada tahun lepas memberi gambaran yang menakutkan apabila berlaku peningkatan kadar kematian sebanyak 50 peratus berbanding 2014.

Menurut Kementerian Kesihatan ia adalah jumlah kematian tertinggi akibat denggi pernah dicatatkan di negara ini.

Menurut kementerian itu seramai 336 orang iaitu purata 28 orang mati akibat denggi mati dalam tempoh sebulan berlaku tahun lalu berbanding 215 kes kematian pada 2014.

Ia adalah peningkatan sebanyak 56.3 peratus.

Terdapat juga peningkatan bilangan kes denggi pada tahun lepas iaitu sebanyak 11.2 peratus.

Pada 2014 jumlah kes denggi yang berlaku ialah 108,698 kes namun meningkat kepada 120,836 kes pada 2015.

Puratanya ialah 333 kes berlaku dalam tempoh sebulan atau 110 kes setiap hari.

Sehubungan itu Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai untuk bersedia menghadapi situasi yang sama buruk atau lebih teruk lagi untuk masa setahun akan datang.

Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Rose Nani Mudin berkata peningkatan kes denggi di Malaysia adalah selari dengan fenomena global.

"Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menunjukkan jumlah peningkatan kes denggi setiap tahun di seluruh dunia.

"Ia adalah satu fenomena global," kata Dr Rose.

Selain itu katanya data KKM menunjukkan terdapat 145 kawasan panas denggi di negara ini dengan Selangor mempunyai bilangan tertinggi titik panas iaitu sebanyak 107.

Kawasan panas yang lain adalah di Johor (23), Perak (9), dan Pulau Pinang (3), manakala Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing satu.

Dr Rose berkata perubahan iklim boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kenaikan dalam kes-kes denggi.

"Musim hujan dan panas yang belaku silih berganti menyebabkan pembiakan Aedes meningkat," katanya sambil menambah bahawa air yang terdapat dalam bekas takungan air pada musim hujan boleh memburukkan lagi keadaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan