Amanah Dapat Lapan Kerusi Ahli Majlis PBT Selangor - Berita Semasa | mStar

Amanah Dapat Lapan Kerusi Ahli Majlis PBT Selangor

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lapan kerusi ahli majlis kerajaan tempatan telah diperuntukkan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata PAS, DAP dan PKR bersetuju dengan kuota berkenaan menerusi mesyuarat exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali pada Rabu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama parti yang memberikan kerusi mereka kepada Amanah.

"Saya tidak fikir ia adalah penting untuk mengetahui siapa yang berikan kerusi kerana kedudukan berkenaan diperuntukkan oleh kerajaan negeri," katanya.

Lapan kerusi yang diperuntukkan bagi tempoh dua tahun itu bermula pada 15 Januari 2016 dan berakhir pada 31 Disember 2017.

Ia membabitkan kerusi di majlis perbandaran daerah Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Amanah pada mulanya meminta sekurang-kurangnya dua kerusi di setiap majlis perbandaran dan telah mengemukakan 34 nama.

Tags / Kata Kunci: Parti Amanah Negara , PBT
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan