Tarik Diri Daripada TPPA Tidak Akan Mufliskan Malaysia - Miti

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penarikan diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak akan memufliskan kerajaan Malaysia, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Miti berkata, kerajaan boleh disaman kerana melanggar Bab Pelaburan TPPA dan jika pelanggaran itu terbukti, pampasan mungkin perlu dibayar.

"Bagaimanapun, penarikan diri daripada TPPA tidak bermakna pelanggaran TPPA," katanya.

Menurut kementerian itu, di bawah Perkara 30.6, mana-mana pihak boleh menarik diri daripada perjanjian TPPA dengan memberikan notis bertulis mengenai penarikan diri itu kepada pemegang deposit.

"Oleh kerana penarikan diri daripada TPPA dibenarkan, penarikan diri itu adalah satu eksesais ke atas hak kita dan bukan pelanggaran perjanjian," kata Miti.

Kementerian itu menjawab satu artikel mengenai TPPA oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog peribadinya bertarikh 31 Disember 2015 bertajuk 'Penarikan diri daripada TPPA akan menjadikan Malaysia muflis'.

Miti berkata, pelabur asing boleh menyeret kerajaan kepada Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara untuk pelanggaran sebarang obligasi di bawah bab pelaburan TPPA.

"Bagaimanapun, jika Malaysia menandatangani TPPA, tetapi kemudiannya memutuskan untuk menarik diri, perlindungan di bawah Bab Pelaburan tidak boleh diaplikasi kepada pelabur asing.

"Oleh itu, tindakan menarik diri tidak akan menyebabkan Malaysia disaman oleh syarikat asing," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Miti , TPPA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan