Permainan Video: Ibu Bapa Dapat Bantuan Pakar Rawat Anak Ketagih

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 8:51 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bagi kebanyakan ramai rakyat Malaysia, ia bukan lagi sekadar suatu permainan.

Ibu bapa terdesak yang cuba untuk mengatasi masalah ketagihan kepada permainan komputer di kalangan anak-anak mereka mula mendapatkan bantuan profesional.

Sekurang-kurangnya dua pakar psikiatri ditemubual The Star mengesahkan bahawa isu ini menjadi masalah yang semakin menular di kalangan kanak-kanak dan golongan belia di Malaysia.

Timbalan Pengarah Pusat Ketagihan Sains Universiti Malaya (UM), Prof Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata beliau telah bertemu lima pesakit berusia 14 hingga 26 tahun kerana dipercayai ketagihan permainan video pada tahun lalu.

Beliau mendedahkan bahawa hanya sebilangan kecil tidak menunjukkan tahap serius dalam isu tersebut kerana kebanyakan gamers tidak menyedari mereka dibelenggui masalah ini, justeru tidak mendapatkan rawatan.

"Ia berpotensi menjadi masalah yang semakin menular dan terdapat keperluan untuk mewujudkan kesedaran mengenai perkara ini.

"Jika tidak, ia boleh menjadi penyakit apabila golongan ini lewat mendapatkan rawatan," katanya pada Isnin.

Dr Muhammad Muhsin berkata pangkalan data yang komprehensif perlu disusun supaya pakar perubatan boleh membuat satu pelan untuk mengatasi masalah ini.

Beliau berkata masalah itu adalah indikatif gangguan jika golongan ini mula berkelakuan kompulsif ketika leka bermain.

"Ia boleh menjadi satu ketagihan jika memberi kesan terhadap hubungan dengan orang di sekeliling dan menjejaskan rutin biasa," katanya.

Dalam satu kes, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun memarahi ibu bapanya yang bertindak menamatkan langganan Internet di rumah mereka.

Dr Muhammad Muhsin berkata dia bertindak memecahkan set televisyen dan komputer.

"Jika golongan ini merasakan mereka telah menghabiskan banyak masa atau wang bermain permainan ini, berdepan kesukaran untuk menahan diri dan mudah kecewa, mereka harus mendapatkan bantuan profesional dengan segera.

"Ia mungkin berpunca daripada hubungan yang tidak rapat dengan ibu bapa mereka, kurang pengawasan ibu bapa dan juga tekanan rakan sebaya.

"Mereka juga boleh menggunakan Internet untuk mengatasi gangguan perasaan mereka," katanya.

Perunding kanak-kanak dan pakar psikiatri remaja Hospital Pulau Pinang, Dr Lai Fong Hwa berkata dengan peningkatan akses kepada Internet dan komunikasi lebih pantas, lebih ramai golongan muda bermain permainan video.

"Mungkin timbul kebimbangan terhadap kehidupan sosial mereka yang mungkin terjejas dan mereka akan berdepan masalah untuk membangunkan kemahiran sosial," katanya.

Tags / Kata Kunci: ketagihan , permainan video

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan