Pakatan Harapan Meterai Perjanjian Politik Sabtu Ini

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan akan mengadakan satu persidangan di Shah Alam, Selangor pada 9 Januari bagi memeterai Perjanjian Pakatan Harapan di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjanjian itu diadakan bagi memastikan ketiga-tiga parti itu dapat bekerjasama dalam sebuah kesatuan politik yang mampan, di samping memastikan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini tidak berulang.

"Rundingan dan perbincangan untuk memuktamadkan Perjanjian Pakatan Harapan telah bermula sejak pertengahan Oktober 2015 sejurus selepas pelancaran Pakatan Harapan (pada tahun lepas)," katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah, di sini Selasa.

Turut hadir ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Intipati perjanjian itu, antara lain, menggariskan prinsip dan kaedah dalam membuat sesuatu keputusan; prinsip dan kaedah menyelesaikan pertikaian di antara parti; penentuan kerusi yang ditandingi dalam sesebuah pilihan raya; serta prinsip dan kaedah sekiranya perjanjian dilanggar mana-mana parti.

Ditanya sekiranya PAS akan dijemput ke persidangan itu, Dr Wan Azizah berkata, perjanjian pada hari berkenaan hanya melibatkan peranan PKR, DAP dan Amanah sahaja.

Ketika diminta menjelaskan hubungan antara PKR dan PAS di Selangor susulan perjanjian itu, beliau berkata, perkara itu tidak menjadi isu.

"Hubungan (dengan) PAS di Selangor tidak terlibat, kerana kami bekerjasama dalam sesetengah perkara sahaja. No issue," katanya lagi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pakatan Harapan , perjanjian politik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan