Nor Azimah Dipercayai Masih Berada Di Madinah - Reezal Merican

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Nor Azimah Ibrahim, rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Disember lepas dipercayai masih berada di negara itu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata Pejabat Konsul Malaysia di Jeddah ketika ini sedang melakukan sedaya mungkin dan bekerjasama dengan polis serta penyiasat di Madinah untuk menjejaki ibu tunggal kepada seorang anak perempuan itu.

"Di saat saya bercakap ini pihak berkuasa dan penyiasat di sana percaya Nor Azimah masih berada di Madinah.

Namun maklumat-maklumat akan datang mungkin akan mengubah hasil daripada siasatan yang diterima.

"Saya anggap setakat ini biarlah maklumat ini saya maklumkan dahulu, barangkali kalau ada maklumat-maklumat tambahan ia akan diberitahu oleh pihak berkuasa dan pihak kementerian yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Projek Surau Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, di sini Selasa.

Nor Azimah, 31, yang berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Disember lalu.

Pada hari kejadian wanita itu berada dalam keadaan tidak sihat dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilapor hilang ketika berada di Masjid an-Nabawi.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican berkata Malaysia menghormati pendirian Arab Saudi untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan cara rundingan dan kesederhanaan (wasatiyyah).

"Amalan demokrasi yang kita amalkan di peringkat antarabangsa adalah 'non- interference' ataupun tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara ... mereka mempunyai pendirian negara mereka dan kita menghormati pendirian itu," katanya.

Pada Isnin, Sekretariat Am Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk serangan ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran dan pejabat konsul negara itu di Mashhad, bandar kedua paling ramai penduduk di Iran.

Susulan serangan itu, Arab Saudi mengumumkan Ahad lepas bahawa ia telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dan meminta semua diplomat Iran meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Laporan antarabangsa menyebut penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi pada Sabtu lepas sebagai membantah tindakan negara itu melaksanakan hukuman mati terhadap 47 individu termasuk seorang ulama terkemuka Syiah, Sheikh Nimr al-Nimir atas tuduhan keganasan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Nor Azimah Ibrahim , hilang , Madinah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan