Negeri Sembilan Putuskan Status Vape Esok

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Keputusan pengharaman mengenai penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di Negeri Sembilan akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) pada Rabu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan berkata ia perlu dibincangkan secara teliti terlebih dahulu bagi mengelak sebarang perkara berbangkit selepas keputusan mengenainya dibuat.

Sebarang keputusan mesti dibuat dalam sidang mesyuarat kerajaan negeri dan antara yang akan dibincangkan termasuk mengenai penjualan vape, katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri di sini Selasa.

Beliau berkata terdapat dua perkara yang berbeza dalam isu vape iaitu penjualan dan penghisapannya yang Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa penggunaannya dalam kalangan orang Islam adalah haram.

Pendapat saya secara peribadi ialah Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan vape haram bagi orang Islam kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada penghisapnya maka orang Islam tidak boleh menghisap vape dan pendirian Majlis Fatwa Negeri juga selari dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Tetapi ada juga penghisap vape yang bukan orang Islam, jadi saya berpendapat tidak perlulah pengharaman mengenai penjualannya, katanya.

Pada 21 Disember lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan penggunaan vape adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikannya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: vape , Negeri Sembilan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan