Jumlah Kutipan Bayaran Balik PTPTN Kalangan Penjawat Awam Meningkat 20 Peratus

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 10:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kalangan penjawat awam meningkat kepada 20 peratus selepas pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata setakat 20 Oktober tahun lalu, hanya sembilan peratus peminjam di kalangan penjawat awam yang membuat pembayaran balik pinjaman mereka.

"Setelah pelaksanaan potongan gaji mandatori baru-baru ini, sehingga 4 Jan tahun ini, pihak PTPTN telah menyaksikan peningkatan pembayaran balik sebanyak 20 peratus," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini, malam Selasa.

Beliau berkata pada Disember lepas, PTPTN telah berjaya mengutip lebih RM133 juta, meningkat sebanyak 38 peratus dari bulan sebelumnya.

"Kita berharap perkembangan ini akan menjadi satu titik permulaan yang baru bagi peminjam untuk membuat bayaran balik secara konsisten," katanya.

Mastura berkata PTPTN telah lama memperkenalkan bayaran balik melalui potongan gaji, tetapi tidak ramai yang membuat pilihan tersebut.

"Pelbagai kaedah boleh diambil oleh peminjam, antaranya, peminjam yang terlibat boleh membuat penstrukturan semula hutang dengan jumlah ansuran berasaskan kemampuan bagi tempoh tidak melebihi umur 60 tahun," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan potongan gaji mandatori itu juga adalah antara langkah terakhir apabila peminjam didapati gagal melakukan pembayaran balik menerusi pelbagai kaedah lain.

"Potongan mandatori hanya dibuat kepada mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik. Mereka ini telah diberi tempoh membayar balik antara 10 hingga 15 tahun, tetapi tidak pernah membayar pinjaman tersebut.

"Apabila tinggal tempoh hanya setahun sahaja perlu menjelaskan hutang dengan PTPTN, inilah menyebabkan pinjaman yang terpaksa dibayar balik tinggi," katanya.
Tags / Kata Kunci: PTPTN , penjawat awam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan