Kementerian Pendidikan Buat Laporan Polis Dakwaan Kebocoran Data Pelajar

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 9:06 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan pada Selasa membuat laporan polis berhubung isu maklumat dan data pelajar yang didakwa bocor baru-baru ini.

Laporan dibuat oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Abdullah Mad Yunus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini pada kira-kira pukul 6 petang.

"Laporan Kementerian Pendidikan bertujuan meminta polis buat siasatan lanjut sama ada ia merupakan kebocoran daripada pihak dalam atau ada sebab-sebab lain yang membolehkan data tersebut diperoleh oleh pihak luar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPD Putrajaya di sini.

Abdullah berkata Bahagian Pengurusan Sekolah menerima maklumat mengenai kebocoran data pelajar pada 30 Disember lepas dan satu mesyuarat diadakan dan memutuskan supaya laporan polis dibuat.

Berdasarkan laporan yang tersebar di media, maklumat murid yang sentiasa ada dalam sistem sekolah dikatakan bocor dan diperolehi orang awam dan pihak yang tidak sepatutnya boleh mengakses maklumat itu, katanya.

Katanya, setakat ini Kementerian Pendidikan belum mempunyai data lengkap mengenai jumlah pelajar, jumlah sekolah yang terlibat dalam isu kebocoran maklumat atau sama ada kesemua data itu dijual oleh pihak tertentu.

Ditanya sama ada maklumat dan data pelajar itu bocor kepada pihak institusi pengajian tinggi swasta, beliau menjawab: "Boleh jadi."

Abdullah berkata sehingga kini tidak ada ibu bapa yang membuat laporan rasmi kepada Kementerian Pendidikan berhubung kebocoran yang didakwa dan maklumat diperoleh adalah melalui laporan media sahaja.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan polis akan menyiasat sama ada ia berlaku kerana sistem digodam atau maklumat itu benar-benar dijual kepada pihak luar.

Media baru-baru ini melaporkan maklumat peribadi kira-kira 300,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dianggap sulit dibeli dengan mudah oleh institusi pengajian tinggi swasta untuk tujuan pemasaran.

Antara maklumat sulit yang diperoleh termasuk nama pelajar dan nombor kad pengenalan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan