JAKOA Terus Pujuk Masyarakat Orang Asli Hantar Anak Ke SK Tohoi

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 5:51 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Usaha memujuk murid Orang Asli untuk kembali ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi akan tetap diteruskan walaupun tiada maklum balas positif diterima setakat ini, kata Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu Nik Man Nik Ya.

Nik Man berkata pelbagai pendekatan telah digunakan pihaknya, termasuklah  menemui dan memujuk pemimpin, ibu bapa dan murid Orang Asli di beberapa kampung yang terlibat.

"Setakat ini, sudah empat kali lawatan dilakukan ke lima buah kampung terlibat iaitu Penad, Sedal, Gawin, Dangdut dan Simpor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan.

"Bagaimanapun, usaha yang dijalankan masih belum membuahkan hasil apabila kebanyakan ibu bapa yang ditemui membayangkan bahawa mereka tidak akan menghantar anak mereka ke SK Tohoi lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media mengenai hanya 101 murid hadir ke sekolah tersebut berbanding jumlah sebenar 223 murid.

Nik Man berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akan menyebabkan kanak-kanak Orang Asli terbabit ketinggalan dalam bidang pendidikan.

Pada hari ini sahaja, beliau berkata pihaknya telah menyediakan enam pacuan empat roda ke beberapa kampung termasuk Kampung Gawin dan Kampung Penad sebagai kemudahan untuk murid Orang Asli ke SK Tohoi.

"Namun ibu bapa masih tidak bersetuju menghantar anak-anak mereka ke SK Tohoi dan hanya murid yang bersekolah di SK Kuala Betis sahaja dibenarkan menaiki kenderaan yang disediakan," katanya.

Katanya, satu perbincangan akan diadakan minggu depan melalui kerjasama PPD dan JPN Kelantan bagi meneliti langkah strategik mengatasi perkara itu termasuk pertimbangan menukar murid ke sekolah lain.

Beliau berkata pihaknya juga faham dengan trauma yang masih dirasai penduduk Orang Asli di Pos Tohoi berikutan tragedi kehilangan tujuh murid di sekolah terbabit pada Ogos tahun lepas.

Selepas hampir 50 hari kehilangan mereka, hanya dua murid sekolah ditemui hidup manakala empat lagi ditemui mati dan seorang lagi masih hilang.
Tags / Kata Kunci: SK Tohoi , Jakoa , Nik Man Nik Ya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan