Had Bagasi Daftar Masuk Hanya Dikenakan Selama Dua Hari - MAS

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 8:25 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini mengenai had kebenaran bagasi yang didaftar masuk hanya akan dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 5 hingga 6 Januari untuk penumpang penerbangan ke Amsterdam dan Paris.

Penumpang ke dua destinasi itu dari tarikh 5 hingga 7 Januari boleh mendapatkan tiket mereka yang dikeluarkan semula sebelum 14 Januari.


Dalam satu kenyataan susulan ke atas ke kenyataannya terdahulu, MAS berkata penumpang ke Eropah yang menempah tiket untuk perjalanan di antara 5 hingga 7 Januari dan ingin menjadualkan semula perjalanan mereka boleh berbuat demikian.

"Tiket perlu dikeluarkan semula selewat-lewatnya pada 14 Januari, dan perjalanan mesti dibuat sebelum 1 Februari.


"Jika perjalanan yang dijadualkan semula berlaku selepas 1 Februari 2016 fi pertukaran akan diketepikan. Walau bagaimanapun, perbezaan tambang mungkin dikenakan.

"Jika perjalanan tidak dapat dijadualkan semula mengikut garis panduan ini, pelanggan boleh membatalkan tempahan mereka dan menggunakan nilai tiket yang tidak digunakan untuk pembelian tiket baharu untuk tempoh satu tahun dari pengeluaran tiket asal," kata kenyataan itu.

Sementara itu syarikat penerbangan nasional itu berkata kebenaran bagasi biasa bagi penerbangan Malaysia Airlines ke London menggunakan pesawat Airbus A380 telah dibenarkan semula dengan serta merta.

"Sila rujuk kepada bahagian nasihat penerbangan kami untuk mendapat maklumat terkini seterusnya.

"Makluman terkini seterusnya dijangkakan pada 0100GMT/0900 waktu tempatan Malaysia," kata syarikat itu.

MAS dalam satu kenyataan terdahulu berkata atas tujuan keselamatan, ia yang ketika kini mengendalikan laluan jarak jauh ke Eropah, ditambah dengan arus angin kuat sementara bukan pada musimnya, akan mengehadkan keupayaannya untuk membawa bagasi dalam kargo.

"Laluan penerbangan jarak jauh ini menggunakan lebih banyak bahan api dan atas sebab-sebab keselamatan, Malaysia Airlines terpaksa mengehadkan kebenaran bagasi yang didaftar masuk buat sementara waktu," menurut kenyataan tersebut.
Tags / Kata Kunci: had bagasi , faktor keselamatan , MAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan