Wanita MCA Bidas Cadangan PAS Isu Rogol Statutori

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 10:49 PM

Heng Seai Kie.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wanita MCA membidas PAS berhubung cadangan kahwin muda menangani peningkatan kes rogol statutori.

Pengerusinya, Datuk Heng Seai Kie dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kahwin muda akan menggalakkan pedofilia terhadap remaja dan gadis.

"Anak di bawah umur juga tidak cukup matang untuk membuat keputusan mengenai isu-isu kepada masa depan mereka, terutama melibatkan perkahwinan dan ini boleh dibuktikan dengan kes penceraian di kalangan pasangan yang berkahwin terlalu awal.

"Oleh itu, menggalakkan kahwin muda bukan sahaja akan memudaratkan kebajikan sosial, tetapi juga mewujudkan satu lagi penyakit sosial dengan terlalu ramai ibu tunggai pada usia muda," katanya dalam satu kenyataan.

Seai Kie berkata, MCA sentiasa memberi penekanan kepada pendidikan, dan dengan itu beliau percaya kanak-kanak seharusnya digalakkan untuk menyambung pengajian mereka dan pendidikan menjamin asas yang kukuh bagi masa depan mereka.

Tambahnya, galakan kanak-kanak untuk berkahwin akan menjejaskan masa depan mereka.

"Sebaliknya, kita perlu memberi tumpuan dalam pendidikan seks kepada anak-anak dan bimbangan serta sokongan ibu bapa yang kuat supaya mereka akan menyedari kepentingan tentang tanggungjawab mereka dalam masyarakat serta mempertimbangkan kesan ke atas tindakan mereka.

"Oleh itu, saya menggesa pemimpin PAS berhenti memijak maruah wanita dengan pelampau agama, dan fikir dahulu sebelum bercakap kerana mereka hanya menyebabkan perpecahan dan pertikaian agama yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian Malaysia," tambahnya.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa perkahwinan adalah ubat paling mujarab untuk menangani isu rogol statutori.

Beliau merujuk kepada statistik didedahkan oleh Bukit Aman mengenai bilangan kes rogol yang menunjukkan daripada 1,794 kes dilaporkan tahun lalu, 920 adalah rogol statutori.

Khairuddin berkata, paling merisaukan adalah 90 peratus daripada kes-kes rogol statutori adalah dengan rela.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan