Wanita Warga Emas Perjelas Video Didera Hanya Gurauan

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 8:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan dilihat didera menerusi rakaman video yang kini telah menjadi viral mendakwa bahawa insiden berkenaan hanya sebagai gurauan.

Di dalam video yang dimuat naik oleh 1Tamilanz Sangam pada Isnin, wanita itu menjelaskan bahawa dia tidak mengalami kecederaan.

"Ia (video) hanya dibuat untuk suka-suka. Tetapi sebenarnya tidak ada dipukul. Saya pergi ke kerja keesokkan hari," katanya.

Warga emas itu tampil memberitahu bahawa anak-anak muda diminta untuk menggunakan kata-kata makian di dalam video yang menjadi viral itu.

"Mereka adalah anak-anak muda. Saya tidak mahu sebarang masalah. Lupakan saja," tambahnya.

Ketua Pemuda MIC Bahagian Puchong, Subash Chandra Bose bertemu dengan wanita berkenaan pada Isnin dan merakamkan video wanita itu memberi penjelasan berhubung keadaan sebenar.

Beliau berkata, dengan bantuan 'admin' 1Tamilanz dan ahli jawatankuasa pusat MIC, Datuk Seri Vell Paari, beliau berjaya menjejaki wanita itu di Cheras.

Subash berkata, beliau akan datang membantu sekiranya warga emas itu berdepan dengan sebarang masalah.

Di dalam video berdurasi 48 saat itu menunjukkan mangsa berpakaian merah dan dilihat mencangkung di atas lantai, telah dipukul beberapa kali oleh seorang individu tidak dikenali.

Apabila individu itu memukulnya sekali lagi selepas beberapa ketika, dia kemudiannya menumpahkan air ke arah penyerang itu yang kemudiannya menolaknya jatuh ke lantai sebelum memukulnya lebih ganas.

Beberapa gadis cuba untuk membantu warga emas itu daripada terus dipukul.

Wanita berkenaan dilihat tidak cedera dan bangun dengan sendirinya. Video tersebut dirakamkan dengan kata-kata makian dalam bahasa Tamil dan kedengaran bunyi ketawa yang kuat daripada beberapa individu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan