Dakwaan Sekolah Vernakular Diberi Buku Teks Usang Disiasat

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 12:19 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan memulakan siasatan berhubung dakwaan bahawa sesetengah sekolah vernakular diberi buku teks usang untuk penggal baharu persekolahan.

Timbalan Menterinya, Chong Sin Woon berkata, guru besar hendaklah melaporkan perkara itu kepada kementerian jika tuduhan itu benar.

"Saya hanya melihat di Facebook tetapi saya tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana sekolah.

"Adalah menjadi harapan saya bahawa sekolah-sekolah berkenaan tampil ke hadapan jika ini adalah benar," katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar di SMKC Chan Wa dan SJKC Chi Hwa pada Isnin.

Chong berkata beliau telah membuat beberapa pertanyaan peribadi berhubung perkara itu tetapi gagal mendapatkan sebarang maklumat.

"Kita tidak tahu jika tuntutan adalah sahih.

"Setakat yang saya tahu, kementerian hanya memberikan satu set buku baharu atau yang masih dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata setakat ini sudah ada satu mekanisme tertentu untuk guru besar untuk memaklumkan kepada kementerian jika buku teks yang diterima mereka adalah berkualiti rendah.

Tags / Kata Kunci: Buku Teks , Sekolah Vernakular

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan