Polis Siasat Lelaki Dakwa Diri Sultan Melaka

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 10:12 PM

Noor Jan Tuah.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis Melaka telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas mengenai seorang lelaki yang mengaku diri sebagai Sultan Melaka. 

Siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 itu dijalankan berikutan laporan daripada Pejabat Ketua Menteri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, siasatan akan dijalankan di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan bukti selain mengesan saksi atau individu berkaitan kes berkenaan. 

"Kita juga sedang mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka itu untuk merakam percakapannya selain penerima-penerima pingat atau darjah daripada beliau," katanya. 

Bercakap kepada pemberita di sini Isnin, Shaikh Abdul Adzis berkata, polis telah menerima laporan dibuat Pejabat Ketua Menteri Melaka terhadap ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 58. 

Lelaki itu mendakwa dirinya Sultan Melaka di Balai Polis Ayer Keroh kira-kira jam 10.30 pagi pada 30 Disember lepas.  

Awal tahun lepas, Noor Jan pernah dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Rendah Melaka bagi membantu siasatan kes dirinya sebagai Sultan Melaka. 

Isu Noor Jan kembali hangat setelah gambar beliau mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran kepada beberapa individu dan aktivis menjadi viral di dalam media sosial. 

Antara yang dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran datuk ialah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah. 

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, Noor Jan perlu menghormati perkembangan serta perundangan negeri dan negara ini dan tidak
memburukkan suasana keharmonian sedia ada. 

"Isu ini menyentuh urus tadbir sebuah negeri...sebuah negara yang berdaulat dan telah merdeka.

"Perkara ini bukan bahan jenaka dan setiap rakyat perlu mendukung perlembagaan negara," katanya ketika ditemui pemberita. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Noor Jan Tuah

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan