Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Di Sarawak Kekal 56 Orang - Berita Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Di Sarawak Kekal 56 Orang

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal 56 orang di sebuah pusat pemindahan setakat pukul 8 pagi Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata mangsa banjir di Bahagian Serian itu ditempatkan di Surau Darul Hadhari Kampung Rimba Padi di Asajaya.

"Jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan itu kekal seperti semalam, dengan 56 orang mangsa daripada 17 keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tags / Kata Kunci: Banjir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan