Jam Rolex, Tali Pinggang LV Ditinggalkan Di KLIA

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 9:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kini lebih ramai rakyat Malaysia gemar melancong ke luar negara namun mereka juga menjadi semakin pelupa apabila meninggalkan barangan berharga seperti tali pinggang Prada dan jam tangan Rolex di lapangan terbang.

Lebih menarik apabila bahagian "Lost and Found" di KLIA turut menyenaraikan barang-barang seperti set TV, satu set kunci kereta Mazda, cincin emas, pemain DVD dan mainan BB-8 dari siri baharu filem Star Wars.

Terdapat juga beberapa barangan berjenama dalam senarai itu termasuk dua tali pinggang Louis Vuitton, dompet Coach dan jam tangan Rolex.

Walau bagaimanapun tidak diketahui sama ada barangan berkenaan adalah tulen atau sebaliknya.

Laman web berkenaan merekodkan sejumlah 281 barangan yang ditemui antara 4 Disember 2015 dan 3 Januari tahun ini.

Ketika dihubungi, orang yang bertanggungjawab di Pusat Lost and Found berkata jika tiada tuntutan dalam tempoh sebulan, barang-barang berkenaan akan dihantar untuk dilupuskan.

Pegawai bertugas yang hanya mahu dikenali sebagai Bryan, 32, berkata, dompet, pasport dan telefon mudah alih adalah sebahagian daripada barangan harian yang diserahkan kepada bahagian itu.

"Kadang-kadang kita akan mendapat barangan pelik seperti bagasi besar," katanya.

Bryan menjelaskan bahawa bagasi itu terlalu besar atau terlalu berat - oleh itu ia tidak dibenarkan dibawa naik ke atas kapal.

Jami mungkin pemiliknya telah meninggalkan bagasi berkenaan di terminal.

"Item Kurang berharga seperti pakaian akan didermakan kepada badan amal manakala barangan berharga akan diserahkan kepada Kastam dan bahagian keselamatan penerbangan," katanya.

Selain itu pasport akan diserahkan kepada pihak polis.

Bryan turut menggesa pemilik terbabit untuk menyemak senarai barangan yang dijumpai di laman web.

Mereka boleh melaporkan barangan yang hilang melalui laman web.

"Mereka juga boleh hubungi kami. Kami mempunyai pasukan berdedikasi bekerja secara berjadual di bahagian Lost and Found yang beroperasi selama 24 jam," katanya.

Tags / Kata Kunci: KLIA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan