Dua Lagi Mara Digital Mall Akan Dibuka Jun Ini

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 5:04 PM

Ismail Sabri (kanan) melihat aksesori komputer riba ketika melawat Mara Digital Mall di Menara Mara, Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lagi pusat barangan teknologi maklumat (IT) Bumiputera, Mara Digital Mall akan dibuka selewat-lewatnya Jun tahun ini di Anggerik Mall, Shah Alam dan Glomac Mall, Damansara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan maklum balas positif yang diterima daripada orang ramai selepas pembukaannya di Mara Atrium Mall di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

"Sejak ia dibuka pada Disember lepas, peniaga memaklumkan menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan dan jualan mereka juga meningkat.

"Oleh sebab itu kita akan tambah lagi dua pusat IT seumpamanya kerana selain memberi banyak pilihan, penubuhan pusat ini juga dapat membantu golongan Bumiputera dalam perniagaan," katanya selepas melawat Mara Digital Mall di sini, Isnin.

Mara Digital Mall yang beroperasi Disember lepas menjual pelbagai barangan IT seperti komputer, telefon pintar dan aksesori dan sehingga kini mempunyai 38 gerai.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya turut menyambut baik permintaan daripada negeri-negeri seluruh Malaysia untuk turut serta membuka Mara Digital Mall termasuk di Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu beliau berkata bagi menjaga kepentingan pembeli, sebuah pusat aduan khas akan dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat aduan tentang masalah yang dihadapi seperti kualiti perkhidmatan peniaga dan barangan yang dibeli.

Jelasnya lagi, setiap barangan IT yang memasuki pusat itu akan melalui proses saringan yang dikendalikan oleh Pusat Bekalan IT Tulen, WGN Scan Sdn Bhd yang ditempatkan di dalam Mara Digital Mall bagi menjamin kualiti dan ketulenannya. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan