120 Premis Vape Di Johor Ditutup

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 3:12 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kesemua 120 premis yang berdaftar bagi penjualan peranti dan cecair vape di negeri ini sudah ditutup operasi sepenuhnya, kata Ketua Polis negeri Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau berkata berdasarkan risikan polis sehingga semalam penutupan itu termasuk membabitkan enam premis pengedaran utama bagi alat peranti dan cecair vape.

"Pengesahan penutupan adalah dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dan membabitkan sebanyak 120 premis yang dikenalpasti," kata beliau kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini pada Isnin.

Wan Ahmad Najmuddin berkata meskipun kesemua premis sudah ditutup, pemantauan berterusan akan tetap dilakukan termasuk membabitkan penjualan vape secara dalam talian.

Beliau berkata penjualan vape secara dalam talian, umumnya, adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagaimanapun, siasatan polis boleh dilakukan mengikut Akta Racun 1952 selepas mengambil kira faktor cecair vape mengandungi nikotin, kata beliau.

Penutupan premis vape di Johor adalah susulan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahukan penjualan vape diharamkan bermula 1 Jan 2016.

Tags / Kata Kunci: Vape

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan