10 Daripada 100 Pekerja Asing Hidap Penyakit Berbahaya

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kebanjiran pendatang asing bukan sahaja memberi kesan sosioekonomi di Malaysia malah turut menjejaskan kesihatan dan keselamatan negara.

Data Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) memperlihatkan nisbah 10 daripada 100 pekerja asing yang disaring menghidap penyakit berbahaya seperti batuk kering (Tuberkulosis/Tibi), Hepatitis B dan Aids.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomena Datuk Mohd Hatar Ismail menjelaskan masih ada pekerja asing yang gagal dalam pemeriksaan kesihatan walaupun setelah menjalani  saringan kesihatan di negara asal.

"Ini baharu yang sah. Cuba bayangkan pekerja asing yang memang tidak ada permit, berapa ramai yang dijangkiti," katanya kepada Bernama.

Statistik Fomema menunjukkan hanya 1.2 juta pekerja asing di Malaysia mengambil pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dilaporkan berkata terdapat hampir tujuh juta pekerja asing di negara ini, termasuk pendatang haram.

Mohd Hatar berkata kes penyakit berbahaya yang paling tinggi di khalayak pekerja asing adalah Tibi, diikuti Hepatitis B dan Aids.

"Penyakit Tibi boleh merebak melalui udara dan mereka (pekerja asing) gemar menaiki pengangkutan awam seperti bas dan tren," katanya.

Fomema ditubuhkan pada tahun 1997 bertujuan menguruskan ujian saringan kesihatan bagi semua pekerja asing yang berdaftar untuk bekerja di negara ini.

Tags / Kata Kunci: Fomema , Pekerja Asing

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan