Tiada Masalah Bekerjasama Dengan PAS - Umno Johor

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 4:14 PM

Mohamed Khaled Nordin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Umno Johor tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan PAS, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata Umno Johor mengalu-alukan sebarang kerjasama baik yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

"Kalau ada apa-apa usaha untuk berbincang, bermuafakat, berunding dan sebagainya, kami amat mengalu-alukan kerana ia mendukung aspirasi nasional, membawa kemajuan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian hadiah Program Gerak Mesra Perdana 2015 dan perasmian Dewan Taman Scientex, Pasir Gudang, di sini Ahad.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar mengulas keterbukaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Disember lalu untuk bekerjasama dengan PAS dalam membangunkan negara mengikut syariat Islam.

Najib yang juga Perdana Menteri dilaporkan sebagai berkata beliau gembira PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas disisihkan daripada Pakatan Harapan yang dianggotai, DAP, PKR dan Amanah.

Mohamed Khaled berkata beliau mengharapkan kerjasama itu juga akan menjadi titik tolak kepada Umno dan PAS untuk mewujudkan perpaduan yang lebih besar dalam kalangan rakyat terutama masyarakat Melayu.

Katanya, perpaduan penting untuk masyarakat kerana perpecahan hanya akan membawa ketidakstabilan dalam negara.

"Jadi, saya mendoakan mudah-mudahan pada tahun 2016 ini, negara kita Malaysia mencapai semua perkara yang baik-baik dan semua niat yang tidak baik, memecah-belah dan merosakkan (perpaduan rakyat) tidak menjadi," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Umno Johor , PAS , Mohamed Khaled Nordin

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan