Tarik Balik Laporan Atau Saya Akan Saman - Adun DAP

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 9:43 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pengkalan Kota, Lau Keng Ee menggesa sebuah laman web menarik balik laporan yang mendakwa beliau menerima RM200,000 bagi membantu seorang ahli perniagaan mendapat projek perumahan.

Lau, 35, mengancam untuk memfailkan saman fitnah terhadap laman web tersebut jika gagal berbuat demikian selewat-lewatnya Isnin.

Beliau menafikan menerima wang berkenaan dan mencabar laman web itu untuk menunjukkan bukti mengenai dakwaan terbabit.

"Jika dakwaan mereka benar, saya mencabar mereka untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap saya," katanya pada Sabtu.

Sementara itu Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer yang bertindak sebagai penasihat undang-undang Lau, berkata artikel yang disiarkan pada Jumaat bertujuan untuk memalukan wakil rakyat selama dua penggal tersebut.

Beliau berkata, mereka akan menulis surat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat laman web itu.

Laman web, yang dilihat kerap menyiarkan artikel negatif mengenai kerajaan Pulau Pinang didakwa melaporan bahawa Lau gagal mendapatkan projek untuk seorang ahli perniagaan selepas mengambil rasuah.

Tags / Kata Kunci: Lau Keng Ee , DAP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan