SK Kubang Kerian 3 Bawa Watak Star Wars

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 5:36 PM

Murid-murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 diceriakan watak-watak Star Wars pada hari pertama sesi persekolahan 2016 bermula Ahad bagi negeri-negeri Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3 di sini menampilkan kelainan apabila membawa dua watak dalam filem bersiri Star Wars pada hari pertama persekolahan dibuka pada Ahad.

Dua watak berkenaan, Darth Vader yang berpakaian hitam dan Stormtroopers, berpakaian putih, nyata menarik perhatian 1,360 murid, terutama 252 murid Tahun Satu yang mula melaporkan diri ke sekolah.

Guru Besar SK Kubang Kerian 3 Seri Dewi Mohd Ibrahim berkata idea untuk membawa dua watak Star Wars itu timbul ketika pihak sekolah mengadakan satu mesyuarat di sebuah hotel di sini.

"Ketika itu, hotel berkenaan mengadakan satu majlis meraikan pelanggan mereka dan membawa pelbagai watak animasi ke hotel berkenaan.

"Pengurusan sekolah mendapati idea berkenaan sangat baik dan kami memutuskan membawa dua watak Star Wars pada hari pertama persekolahan kerana ia mempunyai nilai pembelajaran berteraskan sains pada abad ke-21," katanya.

Terdahulu, sekolah berprestasi tinggi berkenaan menerima kunjungan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Datuk Ab Aziz Abdullah.

Seri Dewi berkata sekolah berkenaan menerapkan prinsip belajar sambil berhibur bagi memudahkan murid lebih memahami setiap subjek yang diajar guru.

"Pilihan watak berpakaian hitam dan putih juga menerapkan nilai murni kepada murid," katanya.

Filem bersiri Star Wars mengisahkan perjuangan menentang kejahatan dengan siri terbaharu 'Force Awakens' ditayangkan di pawagam pada 17 Disember lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Star Wars , SK Kubang Kerian 3

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan