Pembayaran Rebat GST Kad Prabayar Dalam Masa 24 Jam

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Pelaksanaan rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi kad prabayar bermula 1 Januari lepas berjalan dengan lancar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Senator Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Ahad.

Beliau berkata pembayaran rebat itu, yang dimasukkan secara automatik dalam baki akaun pelanggan, dilakukan dalam tempoh 24 jam pembelian kredit masa berbual.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sentiasa memantau perkembangan ini... kita meminta syarikat telekomunikasi memberi penjelasan (kepada pelanggan) mengenai rebat ini dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Krismas Umno Penampang di sini.

Salleh turut menjelaskan pemberian rebat itu bukan bermaksud GST dalam kad prabayar telah dihapuskan.

"Kita hanya bagi rebat kepada warganegara. Bukan warganegara, tidak (nikmati) rebat sedemikian," jelasnya.

Pada 29 Disember lepas, Salleh berkata kira-kira 20 juta rakyat Malaysia akan menikmati faedah rebat GST bagi kad prabayar mulai tahun ini.

Beliau berkata bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2016, pelanggan prabayar yang terdiri daripada warganegara Malaysia layak mendapat rebat GST.

Di KUALA LUMPUR, Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata proses  rebat itu berjalan lancar namun, syarikat telekomunikasi perlu melipatgandakan usaha untuk memaklumkan penjual dan ejen mereka berhubung mekanisme rebat supaya pengguna mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai perkara itu.

Beliau berkata semua syarikat telekomunikasi melaksanakan pemberian  rebat seperti yang diarahkan kerajaan dan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan kelancaran pelaksanaan proses itu.

"Setakat ini, pemantauan mendapati pelaksanaan rebat berjalan lancar tetapi kami akan terus memantau keadaan ini,"katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata melalui makluman balas dan pemantauan yang dijalankan SKMM, walaupun tiada aduan daripada pengguna, syarikat-syarikat telekomunikasi sedar ada segelintir penjual dan ejen yang masih belum memahami proses berkenaan.

Halim berkata pelaksanaan rebat itu tidak bermakna GST perkhidmatan prabayar  telah dimansuhkan.

"Pada pembentangan Bajet 2016 Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan skim rebat yang dimaksudkan dan bukannya pemansuhan GST untuk perkhidmatan prabayar mudah alih seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

"SKMM ingin mengingatkan pengguna-pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai isu ini dan pastikan dapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai,"katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rebat , GST , kad prabayar

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan