Pencarum Harap Dividen KWSP Lebih Tinggi

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pekerja sektor swasta berharap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada tahun ini memandangkan kos sara hidup yang meningkat dan kesan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)  A. Balasubramaniam berkata keseluruhan 10 juta pekerja sektor swasta  mengharapkan dividen lebih baik daripada dana itu kerana ia satu-satunya sumber simpanan mereka.

"Kami mempunyai lebih 4 juta pencarum aktif dalam KWSP. Dividen tinggi akan menambah nilai simpanan persaraan mereka.

"Pekerja sektor swasta yang berpendapatan rendah terpaksa berdepan dengan kenaikan tambang pengangkutan awam dan kadar tol yang lebih tinggi di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

"Faktor ini memberi kesan kepada gaya hidup pekerja kerana mereka sukar menabung daripada gaji bulanan dan oleh itu, KWSP adalah satu-satunya simpanan  untuk persaraan mereka," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dividen tertinggi yang dibayar KWSP adalah 6.75 peratus pada 2014, tertinggi sejak 1999.

Tags / Kata Kunci: KWSP

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan