Banjir Di Sarawak Semakin Pulih, Satu Lagi Pusat Pemindahan Ditutup

Diterbitkan: Ahad, 3 Januari 2016 6:07 PM

Beberapa laluan di Taman Malihah dekat Matang, Kuching ditenggelami banjir baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak semakin pulih ekoran keadaan cuaca baik, dengan pusat pemindahan Dewan Suarah di Bahagian Samarahan yang menempatkan 72 mangsa banjir ditutup petang Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata setakat 4 petang Ahad, hanya pusat pemindahan Surau Darul Hadhari Kampung Rimba Padi di Asajaya, Serian masih dibuka.

"Jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan itu kekal seperti tengah hari tadi, dengan 56 orang mangsa daripada 17 keluarga," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: banjir , Sarawak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan