Ringgit Dijangka Rendah Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2016 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan unjuran harga komoditi lebih rendah, kata peniaga.

Menurut peniaga, penurunan harga minyak mentah global itu turut menjejaskan mata wang negara yang bergantung kepada komoditi seperti Malaysia.

Pada Rabu lepas, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut lebih tiga peratus yang menghampiri paras terendah dalam 11 tahun, selepas data menunjukkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah AS.

Ini menyebabkan dolar AS diniagakan rendah dan turut mempengaruhi mata wang negara sedang pesat membangun lain, termasuk ringgit.

"Unit tempatan itu berkemungkinan diniagakan rendah jika harga komoditi terus lemah," katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan harga minyak mentah Brent susut sebanyak  US$1.33 atau 3.5 peratus kepada US$36.46 setong.

Dagangan dalam minggu yang singkat berikutan cuti umum, menyaksikan ringgit naik kepada 4.2900/2970 berbanding dolar AS daripada 4.3070/3136 pada Rabu.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0367/0423 daripada  3.0609/0660, sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun susut 3.5637/5698 daripada 3.5589/5647 berbanding yen pada Rabu.

Ia naik berbanding euro kepada 4.6851/6940 daripada 4.7024/7100 pada Rabu lepas dan meningkat berbanding pound British kepada 6.3604/3716 daripada 6.3890/3997, sebelum ini.

Pasaran ditutup pada Jumaat bersempena cuti umum Tahun Baru. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ringgit , rendah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan