Ops SAR Cari Dua Remaja Lemas Di Desaru Dihenti Sementara

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2016 10:52 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua remaja lelaki yang dipercayai lemas di Pantai Awam Desaru, Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, tengahari tadi, di dihentikan untuk hari ini berikutan faktor keselamatan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata bagaimanapun pencarian dan pemantauan dari tepi pantai masih diteruskan pada Sabtu malam.

"Operasi SAR di laut dihentikan kerana keadaan cahaya yang berkurangan dan  kawasan yang berombak boleh menjejaskan keselamatan operasi," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada kejadian pukul 11.30 pagi Sabtu, kedua mangsa, J. Moventhan dan N. Harishwaran, kedua-duanya 15 tahun, datang ke pantai itu bersama lapan rakan lain dengan menaiki basikal.

Tidak lama selepas mereka mandi manda, hujan dan angin mula melanda dan lapan dari mereka berjaya berenang ke pantai.

Dua dari mereka didapati hilang di laut dan saksi menyatakan dua remaja itu terkapai-kapai sebelum tenggelam.

J. Moventhan berasal dari Skudai dan N. Harishwaran berasal dari  Taman Bukit Indah.

Seramai 23 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, polis dari Balai Polis Bandar Penawar, polis bantuan dan polis marin terlibat dalam operasi SAR.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan