Kerajaan Negeri Akan Keluar Kenyataan Isu Bauksit - MB Pahang

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2016 8:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan mengeluarkan kenyataan bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung arahan Kabinet hentikan sementara perlombongan bauksit, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Saya dan (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar) akan membuat kenyataan bersama nanti.

"Dalam masa yang sama kerajaan negeri mengalu-alukan ulasan daripada semua pihak berhubung isu perlombongan bauksit di negeri ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini berhubung isu bauksit yang telah menimbulkan pelbagai masalah pencemaran dan keselamatan di daerah ini.

Terbaru kegiatan perlombongan mineral itu juga dipercayai telah menjadi antara punca utama air di Sungai Balok dan air laut Pantai Batu Hitam bertukar menjadi merah semasa hujan lebat baru-baru ini.

Sementara itu tinjauan Bernama di Jalan Pintasan Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan mendapati laluan yang sebelum ini sibuk dengan kenderaan berat mengangkut bauksit hampir lengang.

Lori-lori bauksit didapati diletakkan di tepi jalan berhampiran stesen minyak di kawasan perindustrian Gebeng dan Jalan Pintasan Kuantan dipercayai mempunyai kaitan dengan arahan itu.

Tags / Kata Kunci: Bauksit

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan