MB Terengganu Sokong Keputusan Hentikan Sementara Perlombongan Bauksit

Diterbitkan: Sabtu, 2 Januari 2016 4:20 PM

MERAH... Muara Sungai Balok di Kuantan menjadi kemerahan selepas hujan lebat selama dua hari dipercayai akibat perlombongan Bauksit ketika tinjauan fotoBernama pada 29 Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu menyokong penuh langkah drastik Kabinet yang menghentikan sementara perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang, ekoran pelbagai isu alam sekitar yang timbul akibat aktiviti perlombongan bahan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia adalah langkah terbaik yang diambil kerajaan bagi meredakan ketegangan yang timbul sebelum satu kaedah perlombongan yang terbaik diperoleh.

"Sebenarnya perlombongan ini tidak ada masalah kalau kena caranya dan kerajaan negeri amat menyokong langkah Kabinet itu.

"Terengganu sendiri telah mengambil beberapa tindakan termasuk tidak  membenar kegiatan perlombongan itu dan meningkatkan lagi pengawalan di kawasan yang terbabit.

"Kita juga menghantar surat bantahan kepada kerajaan Pahang untuk menghalang laluan kenderaan yang membawa bauksit ke pelabuhan Kemaman," katanya kepada pemberita selepas program Jom Kembali Ke Sekolah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, di sini pada Sabtu.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga sedang mengkaji dari segi perundangan untuk tidak membenarkan pelabuhan Kemaman dijadikan tempat untuk mengeksport bauksit.

"Perkara ini kita akan teliti terlebih dahulu dengan mendapatkan pandangan dari segi perundangan sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengenai Pegawai Teknologi Maklumat (IT) yang ditempatkan di sekolah untuk pengawalan e-Book, Ahmad Razif berkata, kontrak mereka akan disambung berasaskan prestasi cemerlang pegawai terlibat.

"Kalau mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik, tidak menepati kehendak kerajaan, maka kontrak mereka tidak akan disambung kerana ia kena ikut peraturan.

"Jawatan itu adalah kontrak tahun ke tahun dan ia menjadi hak kerajaan untuk tidak menyambung berdasarkan kepada prestasi mereka," katanya.

Katanya, jawatan tersebut kini telah pun dimansuhkan, namun pegawai yang kontraknya masih bersambung akan ditempatkan di jabatan dan agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.

Tags / Kata Kunci: Bauksit , Ahmad Razif Abdul Rahman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan