NGO Pro BN Minta Polis Siasat Dakwaan Pemimpin PAS Terhadap DAP

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 7:44 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (BN) meminta polis menyiasat dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, seperti disiarkan media, baru-baru ini.

Mohd Zuhdi juga mendakwa, antara syarat tawaran berkenaan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

Presiden Pakatan NGO Pro BN, Zulkarnain Mahdar berkata jika dakwaan Mohd Zuhdi itu benar, ia satu malapetaka cukup besar buat Malaysia dan tidak harus dibiarkan kerana membabitkan keselamatan negara serta sensitiviti umat Islam.

"Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah DAP mempunyai hubungan dengan Israel?," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Pakatan NGO Pro BN turut membuat laporan di Balai Polis Alam Mesra di sini, kira-kira 12.30 tengah malam tadi, susulan pendedahan Mohd Zuhdi itu.

"Pro BN meminta polis menyiasat secara terperinci perkara ini kerana ramai rakyat Malaysia mula merasa sangsi dengan DAP selepas membaca kenyataan Mohd Zuhdi baru-baru ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: BN , DAP , PAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan