Tindakan Tegas Terhadap Pihak Gagal Laksana Rebat Prabayar

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 6:28 PM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal melaksanakan rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pengguna perkhidmatan prabayar telefon mudah alih yang bermula Jumaat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata syarikat telekomunikasi yang didapati ingkar arahan itu dan gagal mematuhi Panduan Peraturan Berhubung Pendaftaran Pengguna Akhir bagi Perkhidmatan Selular Awam Prabayar juga akan dikenakan tindakan.

"Bermula hari ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mula membuat pemantauan pelaksanaan rebat prabayar.

"Pengguna warganegara akan membayar RM10 untuk kad prabayar dan bila diaktifkan, mereka akan dapat kredit sebanyak RM9.43 airtime, kemudian sebanyak RM0.57 akan dikreditkan dalam masa 24 jam... ini adalah janji kerajaan dan saya sendiri akan pantau dan lihat perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada 70 mangsa banjir di Hulu Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu, sekali lagi mengingatkan pengguna internet supaya tidak menyebarkan kembali gambar bencana banjir yang berlaku pada tahun lalu di laman sosial terutamanya melalui Facebook dan aplikasi 'WhatsApp'.

"Ada tempat yang tak banjir pun tahun ni, tapi pengguna memuat naik kembali gambar banjir di tempat berkenaan yang pernah berlaku, jadi orang yang nak bagi bantuan dan mereka yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat terpaksa membatalkan perjalanan dan ini menyusahkan banyak pihak.

"Bila kerajaan dah tingkatkan kapasiti internet, sediakan kemudahan, pengguna seharusnya tidak menimbulkan pelbagai isu pula," katanya.

Dalam pada itu, Jailani berkata pihaknya akan turut berbincang dengan Pejabat Daerah Hulu Terengganu bagi menaik taraf beberapa pusat penempatan banjir di Hulu Terengganu yang didapati tidak bersesuaian.

"Tahun lalu kita dah bina beberapa buah pusat penempatan banjir yang baharu dan masih ada kampung yang belum ada pusat penempatan khas dan masih menggunakan sekolah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rebat Prabayar

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan