PIBGN Saran Tarikh Orientasi Pelajar Tahun Satu Diselaraskan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menyelaras tarikh sesi orientasi bagi pelajar tahun satu.

Presidennya Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata ia bagi memudahkan ibu bapa membuat perancangan awal bagi menghadiri sesi tersebut.

"Kementerian perlu menyelaras satu tarikh atau tempoh tertentu yang lebih singkat dan ibu bapa boleh merancang termasuk menentukan waktu percutian keluarga mereka," katanya kepada Bernama.

Bernama mendapati tarikh orientasi berbeza antara sekolah dengan terdapat  ada yang mengadakannya sebelum cuti akhir tahun persekolahan dan ada yang mengadakannya seminggu sebelum sesi persekolahan tahun baharu bermula.

Beliau berkata beliau juga menerima aduan ibu bapa bahawa terdapat sekolah yang memaklumkan tarik hari orientasi pada saat akhir melalui surat.

"Maklumat mengenainya juga perlu disampaikan lebih awal supaya ibu bapa  lebih bersedia. Pihak sekolah juga boleh menggunakan medium lain untuk menyampaikan maklumat mengenai orientasi seperti e-mel, surau atau saluran awam  lain," kata Mohamad.

Beliau juga meminta PIBG supaya tidak mengutip bayaran atau sumbangan yang tidak munasabah yang boleh membebankan ibu bapa.

"Sumbangan harus berpatutan dan dipersetujui oleh ibu bapa dan Pejabat Pendidikan Daerah terlebih dahulu. Ia perlu diberitahu awal supaya ibu bapa boleh merancang kewangan mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: PIBGN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan