Perkhidmatan Tren Shuttle KTM Komuter Butterworth-Padang Besar Bermula Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 12:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren shuttle Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter bagi laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth mula beroperasi pada Jumaat dengan kadar tambang bermula RM1 melibatkan 13 stesen perhentian.

KTM Berhad dalam kenyataan berkata tiga koc disediakan menawarkan enam perjalanan secara keseluruhan bagi laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth sehari, yang mengambil masa perjalanan 1 jam 45 minit sehala.

"Kadar tambang bagi perkhidmatan ini amat berpatutan iaitu serendah RM1 hingga RM11.40 bagi perjalanan sehala untuk dewasa.

"KTMB turut menawarkan tiket konsesi dengan tambang separuh harga bagi warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun, manakala kanak-kanak di bawah empat tahun adalah percuma," menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB perkhidmatan KTM Komuter itu akan berhenti di 13 stesen iaitu Butterworth, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Tasik Gelugor, Sungai Petani, Gurun, Kobah, Alor Setar, Anak Bukit, Kodiang, Arau, Bukit Ketri dan Padang Besar.

Jadual perjalanan setiap hari dari Butterworth akan bermula pada 5.45 pagi, 10.45 pagi dan 3.30 petang manakala perjalanan dari Padang besar akan bermula pada 8 pagi, 12.50 tengah hari serta 6.30 petang, menurut kenyataan KTMB.

Dalam pada itu KTMB memaklumkan perkhidmatan tren elektronik (ETS) EG9501 dan EG9502 dari Butterworth-Padang Besar-Butterworth ditamatkan perkhidmatan bermula pada Jumaat.

"Penumpang yang telah membeli tiket boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh di mana-mana kaunter tiket KTM Antarabandar dan ETS," tambah KTMB.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh layari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 0322671200 atau layari twitter @ktmkomuter. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KTMB

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan