Kelahiran Cahaya Mata Serikan Sambutan Tahun Baru 2016

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 10:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sambutan Tahun Baru 2016 nyata lebih ceria dan bermakna kepada pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata, terutamanya kepada pasangan yang pertama kali berstatus sebagai ibu dan bapa.

Tinjauan Bernama di beberapa hospital di seluruh negara, kegembiraan mereka yang dikurniakan cahaya mata itu jelas terpancar dengan turut diraikan bersama para petugas hospital.

Di KUALA LUMPUR, sebanyak 17 bayi yang terdiri daripada 10 bayi lelaki dan tujuh perempuan, dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setakat pukul 3:45 petang ini.

Bayi pertama tahun baru di HKL itu dilahirkan pukul 3.41 pagi tadi seberat 3.1 kg.

Ia merupakan penantian selama lima tahun pasangan Surina Aziz, 32, dan suami Saiful Rizam Yahya, 33, untuk memiliki cahaya mata perempuan selepas memiliki dua anak lelaki sebelum ini.

"Dua lagi anak kami sebelum ini lelaki, jadi memang dari awal saya tidak buat imbasan jantina takut terlalu mengharap. Ini sepatutnya dijadualkan lahir  8 Jan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Di PUTRAJAYA, seramai 10 bayi dilahirkan di Hospital Putrajaya setakat 12 tengah hari tadi melibatkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan.

Seorang ibu muda Nadiah Mulbi, 25, tidak menyangka akan menimang bayi sulungnya tepat pada detik pukul 12 tengah malam tahun baharu ketika melakukan pemeriksaan berkala terhadap kandungannya yang berusia lapan bulan, semalam.

"Ketika menjalankan pemeriksaan, doktor mendapati air ketuban saya sudah berkurangan dan saya mengalami 'pengecutan'. Jadi doktor membuat keputusan supaya saya bersalin melalui pembedahan dengan segera," kata suri rumah itu kepada pemberita ketika ditemui di wad bersalin Hospital Putrajaya, hari ini.

Bayi lelaki seberat 2.50 kilogram yang bakal dinamakan Muhammad Qaisar Izzrayyan Muhammad Fairuz itu, dijadualkan lahir pada 3 Feb depan.

Di KEDAH, seorang ibu muda, Nikki Racil, 15, antara 10 ibu yang melahirkan bayi masing-masing di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini awal pagi tadi.

Nikki, suri rumah dari Sungai Tiang, Pendang merupakan ibu pertama yang melahirkan bayi lelaki seberat 2.9 kilogram kira-kira pukul 12.27 pagi tadi.

"Saya bersyukur kerana selamat melahirkan anak sulung dan saya tunggu suami Narong Rid Prasit, 17, terlebih dahulu sebelum memberi nama yang sesuai untuk anak," katanya yang mendirikan rumahtangga pada 2014.

Pengarah HSB Dr Zorina Khalid berkata sehingga pukul 7.25 pagi tadi sebanyak 10 bayi terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan telah dilahirkan.

Di BUTTERWORTH, impian seorang ibu muda untuk melihat anaknya dilahirkan pada hari pertama tahun baharu 2016 tercapai selepas sentiasa 'bercakap' dengan kandungannya supaya bersalin pada hari pertama tahun baru.

"Saya setiap hari 'bercakap' dengan baby supaya keluar 1 Jan. Saya gembira baby dilahirkan pada hari ini tepat pukul 11 pagi tadi. Saya sangat gembira," kata Ooi Ean Ching, 23, yang melahirkan anak perempuan seberat 2.7kg di Hospital Pakar Bagan, di sini.

Di SELANGOR, seramai lapan bayi tahun baharu yang terdiri daripada empat lelaki dan empat perempuan telah dilahirkan setakat pukul 11 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Di PAHANG, Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata seramai 28 bayi tahun baru dilahirkan di hospital kerajaan di negeri ini setakat 10 pagi tadi.

Di SEREMBAN, sebanyak lima bayi perempuan dan tiga lelaki dilahirkan setakat pukul 8.47 pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Di MELAKA seramai 24 bayi dengan 13 daripadanya lelaki, dilahirkan di Hospital Melaka di sini sehingga pukul 12 tengahari tadi, kata Pengarah Hospital Melaka Datuk Dr Za'aba Baba.

Di KOTA BAHARU, seramai 22 bayi dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sehingga pukul 4 petang ini, kata Pegawai Perhubungan Awamnya Zaid Ahmad.

Di PERAK, sebanyak 14 bayi dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB), sehingga pukul 11.37 pagi tadi, kata Pegawai Perhubungan Awam HRPB Normah Mohd Tahir.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan