Festival Yellow Mania: Bersih Perlu Mohon Permit - Tengku Adnan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 11:38 AM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 perlu memohon permit untuk mengadakan Festival Yellow Mania yang akan datang, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Dalam keadaan biasa, permit diperlukan.

"Jika di tempat tertutup, kami akan membenarkannya. Kami tidak mahu mereka mengadakannya di kawasan terbuka," kata Tengku Adnan pada acara Larian Tahun Baru Kuala Lumpur di Dataran Merdeka pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sekiranya permit diperlukan bagi membolehkan festival itu diteruskan.

Tengku Adnan turut mempertikaikan objektif penganjuran festival tersebut dan meminta rakyat Malaysia supaya bersatu.

"Ini adalah masa kita perlu bersatu kerana negara berdepan pelbagai cabaran.

"Jadi, kita perlu mencari jalan penyelesaian bersama-sama dan bukannya menuding jari terhadap kerajaan dan agensinya," kata Tengku Adnan.

Festival Yellow Mania yang dijadualkan selama lima hari bermula 6 hingga 10 Januari ini akan diadakan dengan kerjasama Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perubahan demokratik.

Pada 23 Disember lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan sebagai berkata kerajaan tidak akan menghalang penganjuran festival tersebut selagi ia tidak bertujuan politik.

Beliau turut mengingatkan badan bukan kerajaan itu supaya menyerahkan notis rasmi kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan festival tersebut.


Tags / Kata Kunci: Festival Yellow Mania , Bersih

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan