Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Setakat 3 Petang

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 3 petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd  memberitahu Bernama, aliran trafik di kedua-dua arah utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

"Namun aliran trafik sedikit perlahan di pertengahan Jambatan Pulau Pinang menuju Prai manakala di selatan berlaku kesesakkan di lokasi kemalangan Bukit Gambir menuju Pagoh di Km 159.2," katanya.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan tiada kesesakan dilaporkan berlaku di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tags / Kata Kunci: Aliran Trafik

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan