Adenan Bayangkan PRN Sarawak Mac Depan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 7:05 AM

Adenan (tiga,kiri) ketika simbolik penyerahan kayu palang tol pada majlis khas sambutan Tahun Baharu 2016 di Plaza Tol Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin diikuti dengan pemansuhan bayaran tol di jambatan itu berkuatkuasa 1 Januari 2016. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam Khamis membayangkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak mungkin diadakan pada Mac depan.

Ketika berucap pada Sambutan Tahun Baru 2016 dan Sarawak Bebas Tol di Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin di sini, beliau meminta rakyat Sarawak menunaikan janji mereka kepada kerajaan dengan memberinya lima tahun lagi tempoh sebagai ketua menteri.

Kerajaan sudah tunaikan janjinya untuk memansuhkan tol di negeri ini dan saya mahu melihat rakyat Sarawak pula menunaikan janji kepada kerajaan dalam masa tiga bulan lagi.

Sekiranya kita boleh bersama-sama menunaikan janji kita, maka Sarawak akan menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur, katanya kepada lebih 10,000 rakyat Sarawak yang membanjiri jambatan itu malam Khamis.

Adenan juga berkata beliau telah mendapat persetujuan daripada pemimpin UMNO bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak.

"Saya juga mahu supaya DAP, PKR dan parti-parti Semenanjung tidak datang ke Sarawak," katanya.

Beliau juga mengumumkan ketiga-tiga wakil rakyat bagi kerusi Pantai Damai, Satok dan Samariang akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.

Pada majlis itu, Adenan turut mengumumkan pemansuhan tol Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin di sini berkuat kuasa tengah malam Khamis, sekali gus mengakhiri kutipan tol di seluruh negeri ini.

Pada Mei lepas, tol dimansuhkan di Jambatan Lanang Sibu dan langkah sama dilakukan di Jambatan Asean Baram, Miri pada Jun lepas.

Selain itu, Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang lebih 1,000 kilometer turut dikecualikan daripada tol. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , PRN Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan