2016: Zoo Negara Ditutup Setiap Selasa, Akan Raikan Hari Lahir Spesis Tempatan

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 5:59 PM

Gelagat anak panda yang kini semakin cergas dipertontonkan kepada media di Zoo Negara pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Zoo Negara akan ditutup setiap hari Selasa bermula Januari 2016, kata Timbalan Presidennya Rosly @ Rahmat AhmatLana. 

Beliau berkata buat pertama kali selepas 52 tahun, pihaknya mengambil keputusan untuk berehat selama sehari setiap minggu bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan kandang binatang dan sekitar zoo. 

Ia juga berikutan kekurangan pekerja tempatan yang kini terdapat yang terpaksa bekerja setiap hari,  katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Jadi Orang Utan Sumatra betina 'Tsunami' di Zoo Negara pada Khamis.  

Bagaimanapun, Rosly berkata sekiranya hari Selasa jatuh pada hari cuti sekolah dan cuti umum, zoo akan dibuka seperti biasa.

Katanya secara keseluruhan, jumlah pelawat ke Zoo Negara tahun ini menurun sebanyak 20 peratus berbanding tahun lepas kerana masalah jerebu.

Rosly berkata setakat 30 November, jumlah pelawat ke Zoo Negara adalah seramai 466,000 orang berbanding 708,0000 orang sepanjang 2014.

"Sepanjang musim jerebu pada bulan Julai hingga September lalu, kami telah mengalami kerugian kira-kira RM100,000 kerana ketika itu ramai yang memilih untuk tidak keluar ke rumah atas faktor kesihatan," katanya. 

Katanya pihaknya menjangkakan jumlah pelawat ke Zoo Negara dapat mencapai 700,000 orang pada 2016. 

Selain itu, Rosli berkata lima spesies haiwan tempatan iaitu gajah,harimau, tapir, Orang Utan dan beruang akan diraikan hari lahir mereka di Zoo Negara di sini bermula tahun hadapan.

"Kami mahu memperkenalkan spesies-spesies haiwan tempatan ini kepada orangramai dan tidak mahu mereka dianaktirikan kerana sebelum ini hanya panda gergasi sahaja yang menyambut hari lahirnya di Zoo Negara setiap tahun. 

"Pihak zoo akan mengenal pasti tarikh lahir setiap spesies haiwan itu dan akan memilih salah seekor daripada setiap spesies itu untuk diraikan hari lahir mereka," katanya.

Sementara itu, Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli berkata untuk julung kali pihaknya mengadakan sambutan hari lahir Orang Utan Sumatra betina yang bernama 'Tsunami' yang dilahirkan pada 28 Disember 2004.

Katanya nama 'Tsunami' diberi sempena dengan kejadian tsunami diAcheh, Sumatra dua hari sebelum kelahirannya dan kebetulan spesiesnya berasal dari negara itu. 

"Sempena dengan sambutan hari lahirnya, kami menyediakan 'kek' istimewa iaitu buah-buahan kegemaran Orang Utan seperti tembikai, pisang dan kelapa yang dibekukan menjadi bentuk sebuah kek," katanya. 

Dr Mat Naim berkata setakat ini hanya 10 ekor Orang Utan yang terdiri daripada tiga jantan dan tujuh betina yang ada di Zoo Negara. 

"Kami mempunyai tiga ekor Orang Utan Sumatra dan tujuh ekor Orang Utan Borneo termasuk 'Tsunami'," katanya. 

Dalam pada itu, Dr Mat Naim berkata anak panda berada dalam keadaan sihat dan berat badannya kini telah mencecah sehingga 8.22 kg.  

"Ia telah mula bergerak secara perlahan-lahan dan berguling-guling disamping ibunya, Liang Liang dan hanya boleh mengasingkannya untuk ditatap umum ketika ibunya sedang tidur. 

"Buat masa sekarang kami hanya boleh mengasingkannya daripada pangkuan ibunya selama dua jam sahaja maksimum kerana ibunya akan berasa gelisah sekiranya mendapati anaknya tiada," katanya.-Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan